Mercedes-Benz-new-exco-car
Gambar hiasan

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu mengumumkan kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menggantikan kesemua kenderaan rasmi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang telah digunakan sejak lima tahun lepas.

Beliau berkata, kenderaan rasmi sedia ada itu akan dijual semula bagi digantikan dengan kenderaan baru untuk kesemua anggota exco termasuk Menteri Besar.

"Kereta itu kita telah guna selama lima tahun dan kita fikir ia perlu diganti dengan yang baru.

"Kita akan maklumkan butiran pembelian termasuk kos kesemua kereta yang akan dibeli kemudian," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri di sini, Rabu.

Pada 2004, kerajaan Selangor memilih Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanannya kerana harganya dianggap berpatutan dengan kos penyelenggaraan yang tidak tinggi.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, pihaknya juga telah mengarahkan kesemuabarisan exco negeri mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh terdekat ini.

Katanya, pengisytiharan itu termasuk penambahan aset semasa exco terbabit menerajui kepimpinan Selangor. - BERNAMA

PETALING JAYA: Tunang kepada pelakon Shahrizal Jaszle iaitu Redzwani Puteri, 25, menyerahkan segala-galanya kepada pelakon lelaki itu untuk menyelesaikan segala masalah selepas pendedahan pasangan khalwatnya dalam program Melodi, Ahad lalu.

Redzwani, 25, berkata, dia tidak dapat memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

"Maaf banyak-banyak kerana saya sedang sibuk. Berkenaan isu tersebut saya serahkan kepada Shahrizal untuk selesaikan," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada mStar Online, di sini, Selasa.

Shahrizal dan Redzwani bertunang pada 8 November 2011 dan dijangka berkahwin pada 2015.

Pada Ahad lalu, seorang wanita yang mendakwa pasangan khalwat Shahrizal mendedahkan bahawa kejadian penangkapan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu bukan satu perangkap.

Malah wanita itu berkata, Shahrizal, 25, yang dikenalinya sejak setahun lalu telah berjanji untuk bertanggungjawab menyelesaikan perkara tersebut.

Dia turut mengakui mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon drama Asmara itu.

Sementara itu, Ibu dan pengurus aktor tersebut yang dikenali sebagai Zaleha juga tidak mahu memberi sebarang reaksi berhubung pendedahan wanita dalam program hiburan TV3 berkenaan.

"Maaf, saya tidak boleh nak bagi apa-apa komen. Perkara tersebut akan diselesaikan melalui satu sidang media yang akan dibuat oleh Shahz dalam masa terdekat ini," katanya.

mStar
paul-revington-letak-jawatan

Putrajaya: Jurulatih skuad hoki negara, Paul Revington menarik balik keputusan peletakan jawatan dan akan terus membimbing pasukan itu sekurang-kurangnya sehingga tamat saingan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Johor Bahru, dari 29 Jun hingga 7 Julai ini.

Keputusan itu dicapai sejurus Revington mengadakan pertemuan selama hampir 20 minit dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di pejabatnya di sini, semalam.
“Saya berasa lega dengan keputusan dicapai hari ini (semalam) apabila Revington setuju untuk kekal.

“Lagi pun, Revington mengendalikan pasukan kebangsaan dengan baik dan saya tidak mahu momentum pasukan terjejas dengan perubahan di peringkat jurulatih menjelang separuh akhir Liga Hoki Dunia hujung bulan ini,” katanya semalam.

Khairy berkata, beliau tidak menolak kemungkinan jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu akan terus kekal membimbing skuad negara sehingga kontraknya yang berbaki tiga tahun itu tamat.
 
Berita Harian
kuota-jemaah-haji

KUALA LUMPUR - Bakal jemaah haji yang telah menyelesaikan urusan pendaftaran pengesahan dan persetujuan tawaran menunaikan haji bagi musim 1434H, tidak terjejas meskipun kuota jemaah haji Malaysia berkurangan sebanyak 20 peratus pada tahun ini.
  
"Tawaran tidak akan ditarik balik. Bakal jemaah haji itu disaran meneruskan persiapan menunaikan ibadah haji seperti biasa," demikian menurut Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu kenyataan hari ini.
  
TH juga menyarankan bakal jemaah yang terpilih namun belum memberikan jawapan, agar berbuat demikian dengan segera.
  
"Bakal jemaah haji berkenaan akan dimaklumkan mengenai status mereka melalui surat panggilan kursus intensif haji yang sedang dan akan dijalankan," menurut kenyataan itu.
  
Menurut TH, bagi yang menghantar surat rayuan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini, jika mereka tidak menerima apa-apa maklumat lanjut sehingga akhir Ramadan 1434H, ia bermakna rayuan mereka gagal.

Pengurangan kuota jemaah haji itu adalah berikutan arahan terbaharu kerajaan Arab Saudi berikutan kerja pembesaran Masjidil Haram di Makkah.
  
TH berharap orang ramai, terutama bakal jemaah haji, dapat menerima keputusan itu serta memahami keadaan kerana pengurangan kuota adalah bersifat sementara, yang dijangka berkuat kuasa dalam tempoh dua atau tiga tahun.
  
"Apabila projek mega ini siap, ia mampu menampung jemaah yang lebih ramai dari seluruh dunia dan menjamin keselesaan ketika menunaikan ibadah rukun kelima Islam itu," menurut TH.
  
Untuk maklumat lanjut, bakal jemaah disaran melayari laman sesawang TH di www.tabunghaji.com.my atau menghubungi TH Contact Centre di talian 03-6207 1919. - Bernama
islam-keamanan

Keamanan membawa kepada keadaan harmoni, integriti, kesederhanaan dan kebahagiaan. Perkataan Islam membawa maksud aman dan selamat. Maksud keamanan sangat luas. Ia bukan hanya meliputi keadaan tanpa konflik. Keamanan membawa kepada sebarang usaha untuk mengelak kepada konflik dan keganasan. Ia meliputi usaha ke arah perseimbangan, kesederhanaan, ketenangan dan tindakan yang adil ke atas individu dan masyarakat.

Agama Islam sangat berkait rapat dengan keamanan. Islam membawa erti keamanan yang dimanifestasikan oleh setiap individu Muslim dalam lafaz “Assalamualaikum” sesama mereka apabila bertemu. Lafaz “salam” juga dilafazkan di penghujung setiap solat yang bermaksud “salam sejahtera ke atas kamu”. Perkataan “salam” sebenarnya antara nama terbaik Allah (al-asma’al-husna). Ia juga adalah amalan penganut Islam dengan menyebut “sallalahu alaihi al-salam” setiap kali nama junjungan Nabi Muhammad disebut.

Dalam Islam, Allah SWT menyuruh hambanya untuk mengikut jalan keredaan-Nya, agar tidak tergelincir daripada landasan Islam. Mereka yang taat dan patuh kepada ajaran Islam yang sebenar, sudah pasti akan mendapat ketenteraman dalam jiwanya (sakinah, al-Taubah, 9:26 & 40). Hasilnya, ia akan membuahkan satu kehidupan yang aman dan damai.

Sebenarnya, keamanan datangnya daripada Allah. Allah berfirman bermaksud: “Dialah yang menurunkan ketenteraman ke dalam hati orang yang beriman agar mereka tetap dalam iman (kepada Allah)” (al-Fath, 48:4).

Keamanan tidak ditemui di luar dari hati manusia tetapi meresapi hati setiap individu yang seterusnya diterjemahkan ke dunia luar. Dari perspektif al-Quran, keamanan dapat dicari dalam tiga dimensi: Pertama, keamanan dan ketenteraman dalam hati. Kedua, keamanan dan ketenteraman dalam hati itu membawa kepada keamanan bersama Allah kerana beriman kepada-Nya. Ketiga, dari dimensi pertama dan kedua, ia melahirkan keamanan di dunia luar. Hakikatnya, ketiga-tiga dimensi keamanan ini sentiasa berkait rapat dan akan mempengaruhi antara satu sama lain.

Islam sebagai agama fitrah, tidak sama sekali mengajar keganasan dan peperangan. Ini disebut dalam Quran yang bermaksud: “Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari Kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya, dan mereka pula terus menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan.” (al-Maidah, 5:64).

Begitu juga orang Islam diminta jangan sama sekali menolak pelawaan keamanan apabila peluang mendatang untuk menamatkan konflik. Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.” (al-Anfal, 8:39)

Allah menyuruh manusia supaya bertolong-tolongan dan bekerjasama dalam perkara kebaikan dan jangan sama sekali bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan (al-Maidah, 5:2) Ini dikuatkan dengan firman Allah SWT bermaksud: “Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.” (al-Maidah, 5:48)
 Zolkples-kecewa
KANGAR: Tindakan Paul Revington meletak jawatan sebagai ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan pada Sabtu adalah mengecewakan, kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong.

Katanya beliau tidak tahu punca sebenarnya walaupun ada laporan mengaitkan tindakan itu dibuat kerana tidak berpuas hati dengan wujudnya campur tangan dalam mengendalikan skuad kebangsaan.
Bagaimanapun, katanya jurulatih antarabangsa kelahiran Afrika Selatan itu telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sejak mengambil alih jawatan itu daripada Tai Beng Hai pada Ogos tahun lepas.

Zolkples berkata demikian kepada pemberita semasa melawat keluarga pemain hoki Allahyarham Mohamad Akmal Daniel Che Azni, 11, di Kampung Tanjong, Ahad.

Revington telah mengirim e-mel kepada Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada Sabtu bagi mengumumkan peletakan jawatannya dengan mendakwa wujud campur tangan tertentu dalam mengendalikan skuad kebangsaan.

Zolkples mengakui Revington merupakan seorang jurulatih yang berkaliber dan bagus serta ketiadaan beliau merupakan satu kerugian kepada hoki negara.

Selain itu, semua pemain mengaku seronok untuk berlatih walaupun agak memenatkan di bawah bimbingan jurulatih itu, katanya.

Pada lawatan itu, Zolkples menghulurkan sumbangan MSN sebanyak RM5,000 dansumbangan insurans berkelompok sebanyak RM27,500 kepada bapa Allahyarham, CheAzni Che Ani.

Allahyarham terbunuh dalam kemalangan jalan raya apabila dirempuh sebuah kenderaan ketika melintas di Jalan Kaki Bukit dekat sini 19 April lalu.

Semasa kejadian, Allahyarham yang juga pelajar darjah lima Sekolah Kebangsaan Kampung Salang sedang dalam perjalanan untuk mengikuti latihan hoki di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan dengan berbasikal.

Che Azni, seorang peniaga, masih bersedih dengan peristiwa itu namun beliau bersyukur kerana kepimpinan MSN mengunjungi kediamannya untuk menghulurkan sumbangan.- BERNAMA
najib-sby
JAKARTA: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan para pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri berkata fitnah dan pembohongan pembangkang berhubung proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu misalnya telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar juga turut mempercayainya.

"Sampai hari ini belum ada bukti pun bahawa kononnya kita bawa 40,000 warga Bangladesh (untuk mengundi), ini satu fitnah dan pembohongan yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini.

"Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir, rupanya ada orang tak boleh fikir, saya dapat tahu peguampun tak boleh fikir. Apa sudah berlaku ke atas mereka, apa yang terjadi dengan tahap kecerdikan dan rasional yang tak boleh fikir soal ini," katanya semasa berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia di Dewan Serbaguna, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia di Kuningan, di sini, Ahad.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Najib berada di sini dalam rangka lawatan peribadi untuk bertemu beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengannya, selain berehat selepas PRU13.

Perdana Menteri meminta para pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana Barisan Nasional (BN) kononnya boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi kerana ia memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal dan memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi pada hari mengundi.

Secara logik, katanya, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia.

"Saya sebagai Pengerusi BN menafikan dengan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan," katanya.

Najib berkata BN yang telah banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah menang secara sah pada PRU13, namun ia kalah dalam perang persepsi kerana fitnah dan pembohongan yang dilakukan pembangkang melalui media alternatif yang lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana.

"Kita perlu untuk PRU akan datang, BN melengkapkan dari segi kemampuan untuk memerangi perang persepsi, realitinya kita sudah sampaikan, Malaysia semakin hari semakin makmur dan menjadi contoh kepada negara lain tetapi persepsinya dikatakan sebaliknya.

"Inilah yang kita hadapi sebagai cabaran yang paling besar kepada BN untuk memerangi perang persepsi," katanya.

Perdana Menteri berkata sunggupun lawatannya ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau.

"Saya telah menegaskan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan rasmi dan peribadi," katanya.

Najib berkata dalam lawatannya kali ini beliau turut ditemu bual stesen TV swasta MetroTV dan ditemu ramah majalah Tempo di sini di mana beliau antara lain menyampaikan mesej bahawa Malaysia ingin melihat integrasi ekonomi antara Malaysia dan Indonesia menjadi lebih mendalam walaupun kedua-dua negara mempunyai jumlah dagangan yang sentiasa baik iaitu kira-kira AS$18 bilion.

Sasaran yang dituju dari segi jumlah dagangan untuk kedua-dua negara itu ialah AS$30 bilion menjelang tahun 2015.

"Saya sampaikan mesej ini dengan harapan berdasarkan hubungan kerajaan dengan kerajaan dan rakyat dengan rakyat yang sangat serasi, maka ia perlu diterjemahkan dalam bentuk hubungan ekonomi, perdagangan dan pelaburan, yang boleh menjadikan hubungan Malaysia-Indonesia lebih kukuh," katanya. - BERNAMA
tilawah-al-quran-56

KOTA BARU: Qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobat sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Dewan Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang di sini.

Masing-masing membawa pulang sebuah kereta Proton Preve, yang merupakan hadiah tambahan tajaan Tabung Haji pada tahun ini, selain wang tunai RM15,000 beserta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Anuar memperoleh 92.33 peratus markah manakala Hanimzah mendapat 88.34 peratus.
Mereka akan mewakili negara pada Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 29 Jun hingga 6 Julai ini.

Sementara itu, qari Negeri Sembilan Amirahman Abas yang mengutip 89.67 peratus markah muncul naib johan manakala tempat ketiga milik qari Terengganu Mohamad Hafas Ali yang mendapat 86.67 peratus.

Naib johan qariah pula disandang peserta Johor Nor Azrah Ayub yang memperoleh 86.00 peratus markah manakala tempat ketiga milik qariah Kedah Marzian Mohd Deli (84.34 peratus).

Bagi naib johan qari dan qariah, masing-masing menerima wang tunai RM10,000 beserta cenderamata dan sijil penyertaan manakala tempat ketiga membawa pulang RM7,000 selain cenderamata dan sijil penyertaan.

Hadiah saguhati berupa wang tunai RM3,000 beserta cenderamata dan sijil penyertaan diberi kepada semua peserta.

Hadiah disampaikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Turut hadir Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Seramai 14 qari dan 15 qariah memperdengar bacaan masing-masing pada tilawah yang berlangsung lima hari sejak Isnin lepas. - BERNAMA
Datuk-Tee-Siew-Kiong-Adun

PETALING JAYA: Exco Johor, Datuk Tee Siew Kiong pada Jumaat mengumumkan beliau telah meletakkan kesemua tujuh jawatannya dalam MCA, dan hanya akan mengekalkan keanggotannya seumur hidup dalam parti.

Tee berkata, tujuh jawatan tersebut ialah setiausaha organisasi MCA, anggota Majlis Presiden, anggota Jawatankuasa Pusat, anggota Jawatankuasa Pemandu Pilihan Raya, anggota Jawatankuasa Hubungan MCA Negeri Johor, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pilihan Raya MCA Johor dan Pengerusi MCA Bahagian Pontian.

“Saya akan menghadiri pendengaran Jawatankuasa Displin MCA pada 17 Jun ini bagi menjelaskan mengenai pelantikan saya sebagai Exco Johor.

“Sebagai rakyat Johor, saya tidak boleh menentang titah perintah Sultan maka saya tidak mempunyai pilihan lain tetapi menerima pelantikan sebagai Exco. Titah Sultan bahawa perlu ada wakil pelbagai bangsa dalam Kerajaan Negeri dan saya diperintah untuk mewakili masyarakat Cina dalam Kerajaan Negeri Johor.

“Saya mengulangi bahawa parti tidak mencadangkan saya untuk memegang jawatan di kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tee berkata, perletakan jawatannya itu bagi mengelakkan segelintir anggota parti untuk terus mengeksploitasi perkara berhubung pelantikannya sebagai Exco Johor.

“Saya kesal segelintir anggota parti telah menjadikan pelantikan saya (Exco) sebagai satu isu, yang bukan sahaja menyasarkan saya tetapi pada masa bermatlamat untuk menghancurkan perpaduan parti.

“Bagi mengelakkan daripada mereka ini terus mengeksploitasikan isu tersebut, saya tiada pilihan tetapi dengan meletakkan kesemua jawatan dalam parti. Saya tidak akan meninggalkan parti kerana saya merupakan sebahagian daripada keluarga besar ini untuk lebih 30 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Tee mengulangi bahawa beliau menyokong keputusan parti untuk meolak semua jawatan Kerajaan Pusat sekiranya MCA gagal memberikan prestasi yang lebih baik berbanding pilihan raya umum yang lepas.

Mstar Online
Tan-Sri-Abdul-Aziz-Mohd-Yusof-spr
 
KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen radio Nasional FM di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepadabarisan kepimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggarperaturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah...buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat," katanya.

Abdul Aziz berkata berkata barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan,  menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.

Beliau juga berkata tindakan pembangkang mengheret rakyat untuk berhimpun kerana tidak puas hati dengan proses pilihan raya umum lepas tidak akan mengubah keputusan pilihan raya itu.

"Buktikan melalui undang-undang...jangan kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan orang lain, persepsi mereka yang keluar perhimpunan seolah-olah mereka percaya SPR menipu," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata SPR akan tetap meneruskan kajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir tahun ini dan ia akan dilaksanakan dengan telus.

Proses persempadanan semula yang terakhir dilakukan pada 2003 dan sepatutnya dibuat semula pada 2011, tetapi SPR telah menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai, katanya.

"Peguam Negara telah menasihati SPR untuk memulakan segera kajian semula persempadanan ini," katanya.
Beliau berkata di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii), persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya kajian sebelumnya.

Beliau berkata SPR diberi tempoh maksimum dua tahun untuk melengkapkan kajian dan kajian persempadanan itu terlebih dahulu akan dipamerkan kepada orang ramai sebelum dibawa ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dibahas dan dilulus. - Bernama
kutip-hutang-cara-halus

Hari ini, semua pihak tidak dapat lari daripada hutang. Sama ada mahu atau tidak, inilah hakikat kehidupan pada zaman ini. Kita terpaksa berhutang untuk mendapatkan keselesaan hidup. Berhutang untuk menyambung pelajaran, membeli rumah, membeli kereta dan kemudahan lain.

Bagaimanapun, dalam banyak keadaan tidak memaksa kita berhutang, tetapi akibat nafsu, kita terpaksa berhutang kerana mahu memenuhi tuntutan yang bukan keperluan segera.
 
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang kerana ia boleh menghalang seseorang itu daripada menyucikan diri dan mendapat keredaan Allah seperti yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Harith bin Rib'ie ra, daripada Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Baginda berkhutbah kepada mereka lalu menyebut kepada mereka, bahawasanya jihad pada jalan Allah dan beriman kepada Allah itu sebaik-baik amalan (pekerjaan)."

Kemudian bangun seorang lelaki dan berkata: "Wahai Rasulullah SAW bagaimanakah jika aku terbunuh di dalam jihad pada jalan Allah, apakah semua kesalahanku akan diampunkan?"

Baginda menjawab, "Ya, benar jikalau engkau dibunuh dalam masa peperangan jihad pada jalan Allah dengan engkau berkeadaan sabar mengharapkan keredaan Allah, sedangkan engkau menghadapi musuh tidak berpaling lari ke belakang".

Kemudian Baginda bertanya: "Bagaimana katamu?" Jawab lelaki itu bagaimanakah jika dia terbunuh dalam peperangan pada jalan Allah, apakah akan dihapuskan segala kesalahannya?"

Bankrup di dunia dan akhirat

Baginda bersabda lagi. "Ya, benar jikalau engkau bersabar, tetap mengharapkan keredaan Allah ketika menghadapi musuh, tidak berpaling lari ke belakang, melainkan jika engkau ada menanggung hutang dan sesungguhnya Jibril mengatakan hal itu kepadaku.”

Daripada hadis atas jelas menunjukkan amalan berhutang boleh menjadikan seseorang itu bankrap di dunia dan akhirat.

Hadis ini juga menunjukkan kelebihan jihad pada jalan Allah dan ganjaran bagi mereka yang terbunuh dalam keadaan bersungguh-sungguh menentang musuh, bersabar atas kesakitan dan kesusahan serta hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT.

Berbalik kepada hutang tadi, beratnya bebanan hutang ini sehinggakan apabila seseorang yang berhutang itu meninggal dunia, semua amal akan ditangguhkan oleh Allah hingga hutang orang yang meninggal itu ditunaikan.

Justeru, sebagai agama yang begitu prihatin dan belas ihsan serta perikemanusiaan, Islam menggalakkan orang yang memberi hutang supaya menghalalkan hutang yang diberikan kepada orang lain.

Daripada Abdullah bin Abu Qatadah ra, katanya: “Abu Qatadah mencari seseorang yang berhutang kepadanya dan menghilangkan diri. Kemudian orang itu ditemuinya. Dia berkata kepada Abu Qatadah: “Aku sedang dalam kesulitan.

 Maka berkata Abu Qatadah: “Demi Allah! Demi Allah! Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang ingin dibebaskan Allah daripada kesulitan pada hari kiamat, maka hendaklah dia memberi kelapangan bagi orang yang dalam kesulitan atau membebaskannya daripada hutang.”

Malah, dalam Surah al Baqarah ayat 280 menyebut yang bermaksud: “Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).”

Wajib jelas hutang

Namun, dalam hal ini, sebagai orang yang berhutang adalah tidak wajar mengharapkan pemiutang menghalalkan hutang yang diberi kerana ia berkaitan dengan hak dan kewajipan kita sehingga kegagalan menjelaskan hutang mungkin menimbulkan kesulitan di pihak pemberi hutang hingga akhirnya menyebabkan perbalahan.

Situasi ini bukan saja akan mengeruhkan keadaan bahkan merosakkan imej orang berhutang itu sendiri yang sedikit sebanyak akan menghakis kepercayaan orang terhadapnya dan seterusnya menyukarkan dia mendapatkan bantuan apabila ditimpa kesempitan.
bakar-bangunan-kekasih-curang

Beijing: Seorang lelaki dihukum mati selepas bertindak membakar bangunan untuk membalas dendam terhadap kekasihnya yang curang.

Mahkamah China membuat keputusan itu terhadap defendan berusia 25 tahun selepas tindakannya menyebabkan lapan orang terbunuh, lapor media di sini.
 
Lin Binwei mengaku salah membakar bangunan itu pada 23 Februari lalu kerana mahu membalas dendam terhadap seorang lelaki yang menjalin hubungan intim dengan kekasihnya, lapor agensi berita Xinhua, kelmarin.

Pegawai yang bertugas di mahkamah berkenaan di Taizhou City mengesahkan hukuman itu tetapi tidak dapat memberi butir-butir lain.

Semua hukuman mati akan dikaji semula secara automatik oleh Mahkamah Agung Rakyat.

Xinhua melaporkan, Lin juga membakar gudang lelaki berkenaan yang menjadi tempat simpanan kasut bagi perniagaan online.

Kebakaran merebak

Kebakaran itu merebak ke kediaman di atas gudang berkenaan menyebabkan lapan kematian dan seorang cedera.

Keterangan rasmi tidak memberi penjelasan sama ada pemilik perniagaan itu juga antara yang maut.

China mengharamkan pemilikan senjata api. Oleh itu, perbuatan membalas dendam biasanya menggunakan pisau, bom buatan sendiri dan membakar bangunan.

Jumaat lalu, seorang lelaki yang kecewa dengan kehidupannya bertindak membakar sebuah bas penumpang menyebabkan 47 orang terbunuh dan 34 lagi cedera di bandar Xiamen.

Ia berpunca daripada masalah yang dihadapi untuk mendapatkan bantuan polis membetulkan data rasmi usianya supaya dia layak menerima bayaran elaun sosial. - AP

Rangkaian Sahabat Sosial JERING Daily

Variasi Cerita Hangat Di Kartikel>