Hairie Othman Akui Susah Cari Makan Dalam Industri Hiburan Sejak Sertai PAS

JERING Daily | 23:38 | 4 comments

Mulut kata redha dengan apa yang berlaku, tapi dalam hati penuh dengan keluh kesah apabila tiada tawaran berlakon diterima setelah menyertai parti politik.

Inilah namanya artis biar pun mendakwa diri kononya sudah 'insaf' namun sikap hipokrit sebagai artis tak pernah hilang.

Bukankah rezeki Allah berada di mana-mana sahaja. Tak cukup lagikah dengan bayaran yang diterima dengan menjadi penceramah politik? Eh! Dibayar juga kah? Ingatkan ikhlas kerana Allah Ta'ala.

Apa yang penulis rasakan, mungkin Hairie bimbang akan masa depanya sebagai penceramah PAS. Maklumlah pilihanraya bukanya sebulan atau setahun sekali. Jadi, apabila habis pilihanraya, tak ada lah job. Nak sara anak bini dengan apa?

Jangan salahkan pihak lain jika rasa diri seperti di diskriminasi kerana itu adalah pilihan sendiri. Produksi filem atau drama sendiri pun merasa takut jika karya yang dihasilkan tidak laku dan ditonton orang ramai dek kerana meluat dan muak dengan gelagat Hairie yang kerap menghentam kerajaan di pentas ceramah. 

PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman merasakan benar-benar dianaktirikan oleh syarikat produksi di negara ini yang enggan memberinya peluang berlakon selepas dia menyertai PAS pada 26 Jun lalu.

Hairie atau nama sebenarnya Khairie Othman, 41, berkata dia bagaimanapun tidak ralat dengan diskriminasi tersebut kerana mahu memberi tumpuan yang lebih sebagai penceramah untuk parti tersebut.

"Sudah 20 tahun lebih saya berada dalam industri lakonan dan belum pernah lagi tidak ada tawaran berlakon dalam diri saya. Tetapi selepas saya masuk PAS, memang jelas saya didiskriminasikan.
"Bukankah kita hidup sebagai negara demokrasi? Jika benar, mengapa orang seperti saya disisihkan?" soalnya yang dihubungi mStar Online di sini petang Khamis.

Baca selanjutnya di MStar

Category:

JERING Daily.com:
Kami adalah penulis maya yang tidak bertuan dan juga tidak terikat dengan mana-mana individu atau pihak berkepentingan. Sebarang maklumat, aduan setempat atau apa sahaja yang ingin anda kongsi bersama pembaca bolg ini, boleh dikirimkan kepada kami melalui alamat email yang tertera di blog ini.

4 comments:

  1. Cube jadi calon hamPAS dalam PRU-13 ni, untung-untung boleh jadi YB, dapat makan gaji buta selama 5 tahun lagi. Takde la jadi hantu selalu..

    ReplyDelete
  2. Tuan Hairi, Bukan penerbit hendak discriminasikan Tuan tapi mereka risau wayang mereka tak laku sebab yang hendak menonton adalah rakyat biasa yang bukan semua suka party Tuan. Orang party Tuan tak tengok wayang. FAHAM, Depa orang berniaga dan pelaburan dalam production supaya dapat untung bukan nak wayang syok2 sendiri saja

    ReplyDelete
  3. Tuan Hairi tanya bukan kah kita hidup dalam demokrasi? ye betul kita hidup dalam demokrasi, so what is the problem? Producer pun ada rights juga to decide which actor is marketable in business. You have made your decision so live by it and the producers have theirs as well.

    ReplyDelete
  4. ala berlakon lah dlm drama pas, tp xkisah di dikriminasikan sendiri cari pasal pastu kecoh pulak, org invest untuk keuntungan bukan untuk tanggung rugi,

    ReplyDelete

Pihak JERING Daily tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali blog.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri.

Untuk makluman kepada rakan Blogger yang telah memautkan blog kami di blog masing-masing, diharap dapat memaklumkan kepada kami melalui ruangan komen artikel blog di bawah agar kami dapat memautkan kembali URL blog anda di sini. Terima kasih.

Rangkaian Sahabat Sosial JERING Daily

Variasi Cerita Hangat Di Kartikel>