Lapan Peneroka 'Haramjadah' Saman Perdana Menteri

JERING Daily | 13:17 | 3 comments

TEMERLOH - Lapan peneroka memfailkan saman terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan perkataan ‘haram jadah’ yang digunakan beliau ketika berucap mengumumkan durian runtuh di Felda Jengka 8, 8 Mei lalu.

Kesemua mereka hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh di sini, hari ini memfailkan saman tersebut melalui peguam Mohd Harris Abdullah.

Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong.

Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh di Felda Jengka 8, pada 8 Mei lalu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri itu.

Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan perkataan ‘haram jadah’ yang menggambarkan lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad.

Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda sehingga plaintif dipulaukan.

“Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang ditaksirkan oleh mahkamah nanti,” katanya, hari ini.

SUMBER: SINAR HARIAN

Category: ,

JERING Daily.com:
Kami adalah penulis maya yang tidak bertuan dan juga tidak terikat dengan mana-mana individu atau pihak berkepentingan. Sebarang maklumat, aduan setempat atau apa sahaja yang ingin anda kongsi bersama pembaca bolg ini, boleh dikirimkan kepada kami melalui alamat email yang tertera di blog ini.

3 comments:

  1. Berhenti jadi ahli felda dan nyah dari tanah felda..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..

    Setuju dgn pendapat bro. Keluar dari felda. Ramai lagi yang masih menanti nak jadi ahli kat luar sana tu..

    ReplyDelete
  3. keluar gi sane dari felda... fikir pasal diri sendiri jer ..orang lain semua sokong penyenaraian tu ..adehhh selfish

    ReplyDelete

Pihak JERING Daily tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali blog.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri.

Untuk makluman kepada rakan Blogger yang telah memautkan blog kami di blog masing-masing, diharap dapat memaklumkan kepada kami melalui ruangan komen artikel blog di bawah agar kami dapat memautkan kembali URL blog anda di sini. Terima kasih.

Rangkaian Sahabat Sosial JERING Daily

Variasi Cerita Hangat Di Kartikel>