Pembangkang Kecewa, Pendapatan Felda Global Meningkat RM5.26b

JERING Daily | 08:00 | 0 comments

Datuk Sabri Ahmad, Presiden FELDA Global Ventures
FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) meraih pendapatan berjumlah RM5.26 bilion dalam tempoh enam bulan pertama berakhir 30 Jun 2012, meningkat 42 peratus berbanding RM3.7 bilion yang diraihnya pada tempoh sama tahun lalu.

Peningkatan itu didorong hasil jualan minyak sawit mentah (MSM) oleh anak syarikatnya, Felda Global Ventures Plantations Malaysia Sdn Bhd (FGVPM) bermula 1 Mac lalu.

Kumpulan itu bagaimanapun mencatat keuntungan bersih lebih rendah, iaitu RM380.53 juta berbanding RM638.36 juta diraihnya pada separuh pertama 2011, sebahagian besarnya disebabkan peningkatan dalam kos jualan.

Presidennya Datuk Sabri Ahmad, berkata keuntungan lebih rendah itu juga disebabkan pembayaran pajakan tanah dan perkongsian keuntungan sebanyak 15 peratus dengan FELDA seperti dalam Perjanjian Pajakan Tanah (LLA), yang mencecah RM140.5 juta dalam tempoh enam bulan pertama itu.



Bukti keberkesanan

“Pendapatan FGV meningkat 42 peratus meskipun dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu, suasana cuaca yang mencabar dan di tengah-tengah kedudukan harga komoditi yang lebih rendah berbanding tahun lalu.

“Ia adalah bukti keberkesanan pelbagaian portfolio dan tumpuan usaha meningkatkan model operasi,” katanya pada sidang media sempena pengumuman keputusan kewangan itu di Kuala Lumpur, semalam.

Sabri menjelaskan, penurunan keuntungan dalam separuh pertama itu bukan disebabkan terdapat masalah dalam perniagaan kumpulan.

Ia katanya, adalah campuran pelbagai kesan lain seperti faktor pusingan operasi huluan, keadaan pasaran, kedudukan turun naik harga komoditi yang tinggi, kos jualan yang lebih tinggi serta perubahan model perniagaan kumpulan.

Meterai perjanjian

“Perubahan model kumpulan termasuk tanggungan perjanjian pajakan tanah dan kehilangan pendapatan segmen hiliran susulan perjanjian tolling yang mana yuran tolling serta jualan produk soya dan canola juga tidak lagi diambilkira,” katanya. Perjanjian tolling adalah perjanjian untuk mengupah pihak ketiga memproses produk.

Pada 1 Januari 2012, FGV memeterai perjanjian dengan FELDA membabitkan tanah FELDA seluas 347,584 hektar.

Sebelum ini, FGV adalah ejen pengurus tanah berkenaan menerusi Felda Plantations Sdn Bhd. Bagaimanapun, sejak awal tahun ini, FGV memeterai perjanjian jangka panjang dan melaksanakan integrasi nilai tanah ladang secara sepenuhnya.

“Susulan itu, dalam enam bulan pertama 2012 ini, FGV mengalami kos lebih tinggi berkaitan penanaman semula dan pembajaan. Ia adalah susulan penggunaan baja dalam kuantiti lebih besar serta harga lebih tinggi.

“Sejumlah RM100 juta sudah dibelanjakan untuk penanaman semula dalam enam bulan pertama tahun ini. FGV menyasarkan untuk menanam semula 15,000 hektar ladang setahun,” katanya.

Selain itu, kos segmen perladangan juga meningkat susulan pembayaran insentif baru kepada pekerja ladang yang berkuat kuasa November 2011. FGV juga memeterai perjanjian tolling dengan Bunge ETGO pada 9 Disember 2011.

Pada suku kedua berakhir 30 Jun, FGV meraih pendapatan RM3.54 bilion meningkat 105 peratus berbanding RM1.72 bilion pada suku pertama tahun ini.

Keuntungan sebelum cukainya dalam tempoh itu meningkat kepada RM302 juta berbanding RM281 juta pada suku pertama berakhir 30 Mac lalu.

Mengenai prospek tempoh seterusnya, Sabri berkata, pihaknya terus yakin mengenai jangkaan pencapaian kumpulan bagi keseluruhan tahun ini.

Sumber:  Berita Harian

Category: ,

JERING Daily.com:
Kami adalah penulis maya yang tidak bertuan dan juga tidak terikat dengan mana-mana individu atau pihak berkepentingan. Sebarang maklumat, aduan setempat atau apa sahaja yang ingin anda kongsi bersama pembaca bolg ini, boleh dikirimkan kepada kami melalui alamat email yang tertera di blog ini.

0 comments

Pihak JERING Daily tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali blog.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri.

Untuk makluman kepada rakan Blogger yang telah memautkan blog kami di blog masing-masing, diharap dapat memaklumkan kepada kami melalui ruangan komen artikel blog di bawah agar kami dapat memautkan kembali URL blog anda di sini. Terima kasih.

Rangkaian Sahabat Sosial JERING Daily

Variasi Cerita Hangat Di Kartikel>