Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Kami Di JERING Daily

JERING Daily | 20:56 | 0 comments

Cepat betul masa berlalu, rasanya tidak sampai 10 hari kita berpuasa tiba-tiba sahaja dah nak raya.

Apa-apa pun masa tidak menunggu kita, dengan kesempatan yang ada ini, kami di JERING Daily ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh pelayar dan pembaca setia blog ini. Dan tidak terlupa juga..

Pihak kami ingin menyusun 10 jari sebagai tanda memohon kemaafan kepada semua sekiranya di sepanjang laman blog ini wujud dan ke udara di alam maya ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang kami tidak senghajakan.

Seperti biasa, kami ini hanyalah munusia biasa dan bukanya manusia 'anugerah tuhan'. Sudah tentu tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan. Diharap, sepena hari baik dan bulan yang mulia, Syawal ini, dapatlah kita bermaaf-maafan sesama kita. Buang yang keruh, kita ambil yang jernih.

Tidak terlupa, kepada yang akan memandu pulang ke kampung halaman atau hendak pergi beraya nanti, berhati-hatilah ketika memandu di atas jalanraya. Patuhi segala undang-undang jalanraya yang telah ditetapkan.

Kawal emosi apabila di jalanraya, jangan terburu-buru atau mengikut kata hati yang marah ketika sedang memandu. Banyakan bersabar dan bertolak ansur serta pandu dengan cermat.

Kami di JERING Daily berharap, semoga Hari Raya tahun ini akan lebih bererti dari tahun sebelumnya di mana seluruh rakyat Malaysia yang meraikanya dapat menikmati suasana hari raya dengan hati yang gembira.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Category:

JERING Daily.com:
Kami adalah penulis maya yang tidak bertuan dan juga tidak terikat dengan mana-mana individu atau pihak berkepentingan. Sebarang maklumat, aduan setempat atau apa sahaja yang ingin anda kongsi bersama pembaca bolg ini, boleh dikirimkan kepada kami melalui alamat email yang tertera di blog ini.

0 comments

Pihak JERING Daily tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali blog.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri.

Untuk makluman kepada rakan Blogger yang telah memautkan blog kami di blog masing-masing, diharap dapat memaklumkan kepada kami melalui ruangan komen artikel blog di bawah agar kami dapat memautkan kembali URL blog anda di sini. Terima kasih.

Rangkaian Sahabat Sosial JERING Daily

Variasi Cerita Hangat Di Kartikel>