Lazada Malaysia

Lepas Kuil Hindu, Giliran Tokong Cina Pula Akan Dirobohkan Di Selangor


Sezalim-zalim kerajaan BN sewaktu mentadbir negeri Selangor seperti yang didakwa oleh Pakatan Pembangkang pada masa itu, tak ada lah sampai tergamak merobohkan tempat ibadat penganut agama lain yang terletak di dalam kediaman sendiri seperti mana yang yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan hari ini.

Penulis sendiri sebagai orang Islam melihat tindakan kerajaan PKR Selangor ini sebagai satu perbuatan yang sangat melampau dan tidak bertoleransi atau lebih mudah disebut sebagai tersangat zalim.

Memang dahsyat jika dilihat foto-foto upacara meroboh tempat ibadat penaganut Hindu seperti yang anda dapat dilihat di dalam blog ini. Penulis tidak menyalahkan individu yang sedang melakukan kerja meroboh kuil tersebut kerana mereka hanya menurut arahan sahaja. Sebaliknya kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim harus dipersalahkan dan dipertanggunjawabkan terhadap tindakan meroboh kuil ini.


Ntah apa dosa pemilik kuil tersebut sehinggakan kerajaan negeri Selangor terpaksa mengambil tindakkan sedemikian rupa. Mungkin pemilik kediaman tersebut merupakan penyokong tegar BN sebab itu lah kerajaan negeri merobohkan rumah ibadat yang dibinaya.

Jika kita masih ingat pada tahun 2007 sewaktu BN mentadbir negeri Selangor, sebuah kuil hindu di Padang Jawa, Shah Alam telah dirobohkan selaras dengan perintah mahkamah. Ini kerana pemilik tanah di mana kuil itu dibina mahu memajukan kawasan berkenaan. Bukan sahaja kuil yang dirobohkan, ia melibatkan rumah penduduk dan juga surau.


Kerajaan negeri pimpinan BN ketika itu telah mengarahkan pemaju agar menyediakan rumah ganti kepada penduduk yang rumah mereka dirobohkan. Begitu juga dengan kuil yang tersebut. Bukan setakat diberi tapak sebagai ganti untuk membina kuil baru, malah pihak kuil juga turut diberi pampasan RM 40’000. 00.

Kes perobohan kuil pada masa itu telah dieksploitasi semaksimum mungkin oleh Pembangkang bersama-sama HINDRAF hingga mengundang perasaan marah orang-orang india yang beragama hindu, dan seterusnya mereka bangkit dalam satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur pada pada 25.11.2007 hingga mencetuskan rusuhan dan pada akhirnya kita dapat menyaksikan BN kalah dalam PRU 2008 setelah ditolak oleh masyarakt India akibat dari isu meroboh kuil ini.


Janji tidak mesti ditepati. Itu perinsip Pakatan Pembangkang yang dipegang hingga ke hari ini. Jika dahulu selepas menang PRU12 mereka telah berjanji tidak akan merobohkan mana-mana struktur rumah ibadat yang telah didirikan, namun semua itu hanyalah kata-kata si lidah yang tidak bertulang. Setelah mendapat kuasa dan dilonggokan dengan wang ringgit segalanya telah berubah.

Semenjak mereka memerintah banyak kuil yang telah dirobohkan. Antaranya di Kajang dan Shah Alam. Salah sebuah kuil di Subang Jaya yang berusia 124 tahun (kuil Seafield Sri Maha Mariamman) juga sedang menunggu masa untuk dirobohkan.


Jika beginilah keadaanya, baru mentadbir satu negeri sudah huru hara dibuatnya, ntah macam mana pula keadaanya jika PR berjaya merampas Putrajaya. Adakah perkara seperti ini yang dimahukan oleh masyarakat India? Sebelum memangkah kertas undi pada PRU13 akan datang, penulis sarankan kepada masyarakat supaya berfikir banyak kali agar tidak menyesal dikemudian hari.

Baca juga kisah dramatik meroboh kuil di Sel13

6 Responses to "Lepas Kuil Hindu, Giliran Tokong Cina Pula Akan Dirobohkan Di Selangor"

  1. Roboh kuil, roboh tokong, roboh surau tapi bina rumah urut...inilah kejayaan sebuah negara berkebajikan ala taliban...undilah Pakatan Rakyat, selalu urut sampai pancut, badan sihat, ekonomi ligat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya mesti pilih!...hahahahaha

      Padam
  2. ini rumah la bongok..india tu dh pindah n jual rumah tu kat org melayu islam..ni kawasan blok dekat rumah aku..korang geng umngok ni saje je nak reka fitnah..

    BalasPadam
  3. Dorang robohkan tapak je..patung hindu tu india dh ambil n cabut..kalo nak jelas lagi sila ke saujana impian kajang,rumah ni 2blok sebelah taska.rumah tu dh dibeli oleh org lain.

    BalasPadam
  4. saujana impian kajang????????
    ___________________________
    BKN YG KENE ROBOH TU KT SALAK TINGGI SEPANG KE???MCM MNE LAK LEH KE KAJANG NIE???

    BalasPadam
  5. ADE GAK MELAYU NK BLI UMAH INDIA YG ADE KUIL....BYK LG UMAH BOLE BLI UMAH HINDU GAK NK DI BLI...TOL KE NIE BRO???NTAH2 KO SUKE2 JE CKP DKT UMAH KO...

    BalasPadam

Pihak JERING Daily tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali blog.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri.

Hubungi Kami

Nama

E-mel *

Mesej *