PRU13: PSM Kecewa PKR Mungkir Janji

Parti-Sosialis-kecewa-janji-pkr

Parti Sosialis Malaysia (PSM) begitu marah dengan keangkuhan PKR kerana telah mungkir janji dalam pemilihan calon.

Dalam satu kenyataan akhbar 17 April 2013, PSM mendedahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap PKR yang meletakkan calon bukan dari PSM untuk DUN Semenyih walaupun pimpinan tertinggi PKR berjanji meletakkan calon PSM dengan syarat mereka menggunakan logo PKR.

Arul calon PSM di Semenyih begitu berang dengan Azmin dan menganggap sebagai punca segala masalah ini berlaku. Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji akan memberikan kerusi DUN Semenyih kepada PSM dengan syarat menggunakan logo PKR.

Tapi malangnya, setelah permintaan PKR itu dipenuhi, Azmin telah merosakkan segalanya apabila meletakkan orangnya di situ. Dipercayai kumpulannya adalah dalang di sebalik pertelingkahan ini kerana beliau mahukan seorang calon Melayu bertanding melawan BN di DUN Semenyih.

Azmin memberi alasan isu perkauman. Arul yang berbangsa India dilihat tidak layak bertanding di DUN Semenyih. Azmin mendakwa masyarakat Semenyih menolak calon India. Alasan yang digunakan nyata tidak berasas. Pada PRU12, Arul cuma tewas dengan majoriti seribu lebih sahaja. Bukan jumlah yang besar untuk DUN Semenyih.

Dia bukan sahaja tidak mahu meminta maaf, bahkan telah memberi amaran kepada PSM supaya tidak mengganggu kerusi PKR di Semenyih itu. Azmin dengan angkuh berkata Pakatan telah mencapai persetujuan untuk membenarkan PSM bertanding menggunakan logo PKR di kerusi DUN Sg. Siput dan Kota Damansara sahaja.

Azmin terus menutup pintu rundingan semata-mata untuk meletakkan calon pilihannya di situ. Dengan menjual nama Anwar, dia berkata beberapa siri rundingan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PSM telah dibuat dan keputusan muktamad telah dicapai.

Bekas ahli parlimen Gombak itu juga menggunakan alasan kesuntukan masa supaya tidak ada sebarang perubahan dibuat oleh Anwar. Mesyuarat Pakatan yang diadakan semalam untuk membincangkan mengenai beberapa pertindihan kerusi di antara mereka turut tidak melibatkan PSM. PSM telah di pinggir dan dianggap pengacau oleh Azmin.

0 Response to "PRU13: PSM Kecewa PKR Mungkir Janji"

Catat Ulasan

Pihak JERING Daily tidak akan bertanggungjawab terhadap setiap pandangan yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia adalah pandangan peribadi masing-masing dan tidak semestinya menggambarkan pandangan atau pendirian kami selaku pengendali blog.

Sila guna bahasa dan perkataan yang sopan ketika menulis komen atau meluahkan pendapat kerana setiap komentar yang diutarakan itu mencerminkan keperibadian diri anda sendiri.

Hubungi Kami

Nama

E-mel *

Mesej *